Sunday 11 December 2011

CiNtA ItU AjE....

Sebuah cerpen yang best....dan menyentuh hati aku sebangai seorang wanita.....cerpen ini ingin aku letakkan di dalam blog aku untuk ingatan aku dan orang yang singgah blog aku ni...kepada penulis, izinkan aku untuk menyiarkan karya anda sebangai 1 penghargaan yang tidak ternilai buatku....



Cinta itu Aje

Oleh : kalerpensel

Air jambu batu beserta serbu asam boi selamat masuk kedalam mulutnya. Ya Allah…nikmatnya air yang kau beri ini. Dipandang langit yang kini bersilauan cahaya matahari, matanya mengecil melihat langit dunia itu. Cerah hari ni tapi panas sedikit…Dia tersengih dihujung bibir.

“wei mangkuk..”sapaan itu menyentap segala kenikmatan yang mula dinikmatinya. Senyumannya bertukar rasa. Tadi bergula sekarang tanpa gula. Dia mencebik “Apesal?”

“Sini kau..datang beli air tak ajak aku” marah Nadiya namun ada senyuman diwajah sungutan itu. Mengada-ngada..nak beli air pun nak berajak-ajak ke? Macam aku si uda dia? Dia pulak macam si dara aku? Ceh!!!

Air jambu batu dirampas cermat oleh Nadiya dan selamat masuk kedalam mulut Nadiya untuk beberapa teguk. Pantas dikepit straw..

“Alah…Min, kede la kau ni” tangannya ditepis laju. Nadiya menyedut semahu boleh. Macam tak minum sebulan jek lagaknya itu.

“kau ni Diya, aku punya tu” mulutnya memuncung kedepan menunjuk hak miliknya yang kini sesuka hati diambik Nadiya.

“Dalam seluar” Nadiya mencerlung kebawah. Pantas tangannya menyekeh kepala Nadiya. Mau terteleng kepala Si Diya dibuatnya.

“Kau ni..” bekas air jambu batu berada semula dalam tangannya tapi sudah KOSONG!!!!!. Yang tinggal ketul ais. Nadiya ketawa melihat raut wajahnya yang kini bertukar rasa. Yang tadi dia rasakan cerah kini jadi kelam.

“Kau dahaga beli lain la”

“Kau jahat la Diya” dia berjalan meninggalkan Nadiya.

“Kau tahu tak tadi aku jumpa sapa kat library?”

“Ntah..”malas dia hendak melayan Nadiya

“Rizki…”langkah kakinya mati. Nadiya tersengih melihat wajah yang seperti tak puas hati dengan nama yang keluar dari mulut Nadiya. Tenungannya seolah mintak diterusnya sketsa yang tergantung tadi.

“Dia kirim salam kat kau. Dia kata kalau boleh nak jumpa kau secara personal” sengihan Nadiya semakin lebar. Alahai happy pulak Nadiya. Macam dia punya badan yang Inche Rizki tu nak jumpa.

“Kau yang mula dulu Diya, kau jumpa dengan dia senang. Kau berterus-terang tentang hal sebenar”

“Tak bole Min, cerita kau dah ditengah jalan ni no undo kay…” Nadiya kenyit mata. Senyuman gatal mula menyidai dibirai bibirnya.

“Lorh..kau dan Sya yang mulakan cerita yang tak betul ni. Asal pulak nak sabitkan dengan aku?”

“Tapi kau watak utamanya”dia merengus geram. Pantas dia melangkah laju meninggal Nadiya yang terjerit-jerit memanggilnya. Dia benci dengan apa yang berlaku pada dirinya. Nak salahkan Nadiya? Atau Syaza? Atau Rizki sendiri?

++++++

“Nape kau benci sangat dengan Rizki tu?” soal Sya tak puas hati dengan kenyataannya tadi. Dia tak berminat lelaki taste seperti Rizki. Macam semua perempuan diwajibkan jatuh cinta dengan Rizki? Tak rugi pun perempuan dalam dunia ni kalau si Rizki tu kawin dengan perempuan cantik seperti Atikah.
“Aku tak benci la oke..aku Cuma tak berminat”
“Haila..min, kau ni macam mati nafsu jek. Rizki tu bukan main hero malaya kat kolej kita kau bole kata yang kau tak berminat lelaki macam tu?” Nadiya memandang tanpa kedip.
“Haaahh…Rizki tu ada peminat tersendiri tau”tokok Sya sambil menyedut minumannya.
“Kau nak lelaki macam mana?”
“semua tak..”senang jek jawapannya. Boelh tak kalau sehari perempuan-perempuan dalam dunia ni tak cakap langsung pasal lelaki? Dia jadi muak. Tengok cerita hindustan pun jadi la, puas dia muntah. Dia jadi alergi..adakah itu simptom sukakan sejenis? TAKKKK!!!!
Dia dah check, dia cuba peluk Diya tak berdegup pun? Dia tengok Sya berkemban dia tak teruja pun? Mana mungkin dia suka sejenis kalau semua tu tak? Just dia tak suka cinta lelaki tak pun hal-hal yang romantik. Ya Allah mau kembang kempis hidung tahan meloya ditekak.
“Toiya..min, kau suka sejenis ke?” soal Sya sambil merenung dalam.
“kau jangan min..Dilaknat tuhan” marah Nadiya. Ditutup ruang dadanya dengan fail berisi assignment. Ceh!!!
Berterabur ketawanya melihat mereka berdua sudah seperti tikus ketakutan diterkam kucing. “aku tak berminat la ‘barang’ korang. Aku pun ada”
“Mau darah aku berhenti kalau kau kata ‘ya’” sya sudah mengurut dada. Melepas keluhan lega.
“Tapi kan…asal bilik kau tak pun loker kau banyak pic heroin tak kisah la dari korea ke, jepun ke, hollywood ke hah?”Sya tak puas hati lagi. Lagaknya menyoal mengalahkan FBI dalam CSI Miami.
“Dah aku minat. Diaorang kan cantik” berkerut kening ‘dua ekor’ tak puashati lagi.
“Dah la…malas aku nak layan soalan mengarut korang ni. Aku ni masih berpijak dibumi yang nyata. Aku masih lagi beriman dengan Allah. Aku ni masih umat nabi muhammad..fahammm” terangnya geram. Dikemam dua ulas bibir menahan geram dengan prasangka mengarut Nadiya dan sya itu.
“oke..baik, kami nak kau bercinta dengan Rizki kalau kau boleh buktikan yang kau ni normal”cabar nadiya manakala sya menganguk laju mengiakan cabaran itu.
“Merepekla..korang nak tengok aku tiap-tiap hari muntah ke?”
“tak kisah asal kami puas hati dengan kau punya diri yang ada ‘hawa’ didalam ni” Nadiya menepuk lembut dadanya.
“kalau tidak sampai bila-bila kita orang ingat kau les….Ishh..aku tak tergamak nak sebut tau min, tapi aku harap kau tak la..” Sya dah mengerut kening.
“Min…kalau tak bole nak mulakan perkenalan dengan Rizki. Kita orang bole aturkan..oke” tetiba jek kepalanya mengangguk mengiakan jawapan yang dia sendiri tak pasti dan dia sendiri tak mahu. Dah semenjak itu la dia terjerat dengan cinta itu aje baginya, dia tak mahu cinta yang lebih-lebih.

+++++

“Yasmien Awliya…” air yang diodernya kini berada didepan matanya. Rizki tersenyum sambil melambai-lambai tangannya di depan paras wajahnya.
“Menung jauh nampak?” Rizki menarik kerusi duduk bersebelahan dengannya. Dia kini secara rasminya sudah ‘declare couple’ dengan Rizki. Kebanyakan pelajar perempuan di kolej tu mula mengumpat tentangnya. Dia tak sesuai la dengan Rizki, dia tak cantik la, Rizki buta la pilih perempuan macam dia. Sejak dia couple dengan Rizki hidup tak penah aman…..
Rizki bukan membawa rezeki buatnya tapi membawa malang dalam hidupnya. Dalam sebulan sudah sepuluh pucuk surat ugutan tinggalkan Rizki. Dia memang nak tinggal tapi Rizki tu yang tak nak. Katanya susah nak cari perempuan macam aku.

Rizki kata aku tak kongkong. Aku tak cemburu buta. Aku jugak tak kisah hal dia sangat. Sebab aku bukan jenis yang ambik kisah hal lelaki. Cerita terbaru Rizki ada fair dengan lecturer baru Cik Suraya. Diya dengan Sya siap tunjuk pic Rizki sedang mesra berbual dengan Cik Suraya kat tempat pakir kereta.

Dia tak rasa jealous pun.
Rizki datang jumpa dia menerang hal sebenar, dan dia hanya membalasnya dengan senyuman dan berkata “Min ada akal, Min bole fikir dan Min ada mata, min bole membezakan pandangan yang salah Riz..”
Rizki puas hati. “Riz kalau bole nak hidup dengan Min sampai akhir hayat”

Iya la tu…lelaki semua boleh ucap. Hingga hujung nyawa pun sanggup jadi cagaran. “Min percayakan Riz kay..”

“Min…menungkan apa ek?” dia kini kembali ke alam nyata. Rizki disebelah dipandang dengan senyuman lolipop.

“kita dah habis final exam..Min ingat nak sambung study kat luar negara la”

“Yeke? Riz tak fikirpun sampai ke situ. Tapi mummy dah plan nak hantar Riz ke US” minumannya disedut Rizki. Satu perkara yang berbangkit dia tak suka dengan Rizki. Rizki suka share minuman denganya. Dia? Eeeyaarkkk!!! Dia dari dulu tak suka share dengan lelaki hatta dengan along tak pun angah , abang-abangnya yang kini menetap di oversea. Along di Australia dan angah di Korea. Masing-masing sibuk dengan study+kerja disana. Along dah kahwin dengan pilihan keluarga, dia tahu along terima jek. Along pulak jenis tak memilih dan kak Asmidar memang layak tinggal disisi along. Angah pulak nak still bujang dulu. Kata angah nak bagi along masuk anak ketiga baru dia nak bina ‘Masjid kat Korea’. Ade ke?

“Kita pergi US sama-sama nak? Continue study kat sana tapi sebelum tu kita kahwin dulu…nak? Glup!!! Dia telan liur satu suggestion yang membunuh dirinya. Rizki betul-betul nak ke dengannya?

“Min ingat nak sambung kat Australia jek…apa kata kita bawa haluan masing-masing, lepas grade kita kahwin la..nak?” rizki sudah mencemik

“Riz takut Min jumpa lelaki lain kat sana..lagipun Riz dah bagitau mummy nak masuk meminang Min hujung bulan ni” hahhh??? OMG!!!! Dia rasakan Rizki sedang memancung kepalanya dengan pedang samurai jek. Berkali-kali ditelan liur dah rasa berpasir.

“Mummy dan daddy kan kenal dengan Bonda dan walid Min..” yelah tu….kau yang beria-ria ajak mummy, daddy kau makn-makan kat rumah aku…bonda dan walid memang suka sangat dengan budak ‘pembawa rezeki’ ni. Ramah macam nak masuk pertandingan carian calon menantu. Ambik hati bonda la kat dapur tak cukup dengan tu jadi tukang bilal berimam dengan walid. Haila…hati ibu bapa mana la tak tertawan dengan pakej ‘pembawa rezeki’ ni.

“Riz suka ke dengan Min ni?” tetiba jek dia menyoal soal hati. Sebelum ni tak pun. Dia dah tukar channel ke?

“Suka, sayang dan cinta….Min semua dalam pakej tu” senyuman tu dah nampak ‘heaven jek’.

“Bukan Riz jenis..”

“tak suka terikat seorang perempuan? Kasanova?” pandangan Rizki mencerlung ke paras wajahnya. Senyuman itu bertukar rasa menjadi lebih manis lagi.

“Itu sebelum riz jumpa dengan seorang perempuan dari berjuta-juta perempuan. Sekarang dah jumpa yang terikat dihati” Rizki menunjuk dadanya. Agaknya kat situ kot ‘heart’nya berdegup…

“Min ni simple orangnya Riz…Min tak suka yang romantik”

“Riz suka..kita ada soulmate” ceh…pigidaaaaaaa..soulmate kau kata? Kau suka cerita romantik, aku suka cerita triller. Kau suka soft drink, aku suka hot drink. Kau suka balada, aku suka hiphop. Kau suka warna merah, aku senang jek hitam. Kau makan jenis yang ber’sup’. Aku suka yang pedas. Memang different bangat!!!! Satu lagi kau suka kucing aku pulak suka ular……Cuma tak boleh bela jek.

“Min please…jangan lepaskan Riz…Riz dah cukup satu Min, Riz tak nak dua Min, tiga Min ker” alahai…’pembawa rezeki’ sekarang boleh la cakap nak satu Min, lepas kahwin bukan dua Min ke Tiga Min ke malah berempat Min pun kau sanggup…

“Min…Riz harap Min terima ek”

++++++

Enam bulan kemudian…..

Rizki garu kepalanya yang tak gatal. Baru seminggu dia mendirikan ‘masjid’ dengan Yasmi Awliya, seorang gadis yang cukup menawan hati baginya. Tapi….min macam tak kisah jek. Dia ingat sebelum kahwin jek tapi lepas kahwin Min tetap dengan identitinya yang tak ambik kisah.

Ada satu babak yang dia tak boleh terima dek akalnya.time nak ber’mesra’ dengan Min. Min dah muntah semua nasi kenduri yang dimakannya. Jangan kata malam pertama, kedua , ketiga dan seterusnya begitu jugak.

Dia hanya boleh peluk min time tidur jek. Alahai macam sleeping beauty jek. Tak leh buat apa-apa. Dan yang tak masuk akal lagi Min boleh tanya dia ” Hurmm..macam ni ke suami kena cium isteri tak bole ke kat pipi jek?”

Dia macam nak suruh jek askar jepun tembak dia disaast itu. “Min sayang abang tak?”

Dilihat Min mengangguk lemah. Senyuman itu tawar. Diusap pipi isterinya “abang sayang Min juga”

“Tapi perlu ke sayang kena ‘buat macam tu’? Dushhh!!!! Mau jek dia menyerah kat muhamad ali peninju terkenal tu bagi pengsan sekejap untuk dia tenang jiwa.

“Min nak baby tak?”

“baby? Maksud Riz anak ke?”
Dia mengangguk sambil tersenyum. Dia mengusap lembut bahu Min. Dikucup bahu itu. “anak Min ke?”

“Anak kita” Min membalas pelukan dia.tapi sekejap jek. Min dah bangun dari pembaringannya lalu dibuka lampu tidur sebelah katil.

“kita extend boleh tak?” muka comel itu sudah merayu. Dia mati kata. Mati akal. Mati segalanya. Dipeluk Min lalu direbah Min atas lengannya. “Min tidur la..abang dodoikan”

“Min rasa macam bonda jek kat sebelah” Hoiya..suami kau kata macam bonda.

Namun dia tak mahu menyerah kalah. Dia cinta kan Min, Cinta perlu memiliki. Dari memiliki itu ada satu ikatan yang sukar diputuskan. Dia inginkan zuriat dari Min. Dia mahu kehidupanya dengan Min lengkap sempurna sebagai hamba yang hidup dengan fitrah yang dikurniakan oleh Allah.

++++++

Lepas balik dari kuliyyah terus dia melepaskan tubuhnya diatas katil. Dia kini hanya berdua dengan Rizki dinegara asing. Semakin hari dia boleh menerima Rizki dalam hidupnya contoh perubahan terbesar dia dah tak muntah lagi.hehee

Dia teringat kata-kata Rizki ” Min nak abang tengok Min jek, tanpa touching, hugging and kissing?”

“Min nak cinta tu macam tu jek?”

“what do you mean?”

“Riz jaga Min macam perempuan”

“perempuan?”

“Hanya perlu dihormati bukan cinta ‘hubungan’itu semata-mata”

“Min…abang kahwin dengan Min pun bukan nak yang ‘itu’ tapi sebab abang suka,sayang dan cinta dengan Min.”

“tapi nape semua lelaki yang Min jumpa, yang Min kenal dan Min tengok nak ‘hubungan’ itu jek?”

“Dari cinta terciptanya ‘hubungan’ tu Min. Tapi itu selepas kahwin dapat pahala Min….”Rizki tersenyum dihujung kata.

“kalau sebelum itu mahu ‘hubungan’ itu melalui cinta. Itu Haram min”

“Min tahu….Min teringat kata kawan baik Min, perempuan suka ‘hubungan’ itu kerana cinta tapi berlainan dengan lelaki sukakan cinta kerana ‘hubungan’ itu” Rizki pantas memnariknya kedalam pelukan.

“min dah silap…tak semua lelaki begitu. Daddy tak pun mahu pun walid dan juga abang”

“jangan cakap Riz…kadang kala kita tak menduga hidup kita. mana tahu Riz jumpa perempuan lain jauh lebih baik dari Min, Riz bole tinggalkan Min..” dia cuba meleraikan pelukan itu namun Rizki mengetatkan lagi pelukan itu hingga tiada ruang.

“InsyaAllah..abang berusaha untuk satu Min jek..” Rizki mengucup keningnya kemudian setiap inci ruang diwajahnya. Dibiarkan…dia tahu Rizki berhak untuk semua itu.

++++++

Dia jadi fobia dengan lelaki kerana Irdina, teman baiknya disekolah menengah. Irdina teman disaat duka dan sukanya. Namun segala bertukar rasa. Irdina dingin dengannya sejak irdina mula rapat dengan Daniel, lelaki yang menjadi kegilaan perempuan disekolah itu.
Sehingga satu hari yang telah mengubah hidup Irdina, hidupnya. Harapannya. Kecewaanya!!!

“Min..aku pregnant” Irdina datang padanya dengan wajah tak terurus.

“What???? Kau biar betul Dina? Jangan main-main”

“betul la..dah dua bulan aku tak datang period. aku test dengan pregnancy yang jawapannya positif” meraung Irdina. Air mata mula berjuraian

“Anak siapa?”

“Daniel…” mahu jek disaat itu dia cekik batang leher Daniel.

“Dia tahu tak?” Irdina mengangguk lemah ” dia kata bukan anak dia…sumpah min aku tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain dia”

“Nape kau bodoh hah?” disaat itu pipi mulus itu jadi sasaran penamparnya. Dia marah dengan Irdina. Dia geram..kenapa Irdina mudah menyerah..

“kau boleh bunuh aku sekali Min” pantas tubuh teman itu diraih kedalam pelukannya. Mereka menangis teresak-esak. Dia sayang Irdina macam saudara perempuan dia sendiri. Dia tidak ada adik ataupun kakak. Irdina bagai kakak dan adik baginya.

“Min…perempuan selalu tertipu” disaat itu seingatnya Irdina mengusap lembut perutnya dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya meramas jari jemari Min.

“Nape?” dilihat mata Irdina sudah berkaca…

“Min….perempuan serahkan tubuhnya kerana cinta tetapi lelaki sebaliknya serah cinta demi tubuh..tapi yang meninggal kesanya perempuan Min..” kaca itu sudah berkecai menjadi titisan mutiara jernih mengalir dipipi Irdina.

“Malu yang ditanggungnya perempuan Min…”

“kau menyesal ke?”

“Aku tak menyesal mengandungkan anak ini Min tapi aku menyesal bertemu dengan cinta Daniel Min…” dia pantas memeluk Irdina yang kini sudah teresak-esak dengan tangisanya.

“Jangan kau buat satu dosa besar ini Dina cukuplah dengan Daniel. Jangan kau bunuh anak ini”

“aku tak mungkin bunuh darah daging aku sendiri Min…” kini Irdina pergi bersama anaknya. Irdina tak sempat bersalin, anak dalam kandungan itu kelemasan, irdina pulak tidak cukup kuat untuk teruskan hidup. Semenjak itu dia jadi nak termuntah bila hal-hal berkaitan cinta lelaki. Cinta lelaki meloyakan tekaknya.

+++++

Setahun dua bulan kemudian……….

Rizki tetap disisinya. “Min nak cinta yang itu aje so abang buat macam itu aje”

Dia tersenyum bila ciuman Rizki singgah ke bibirnya, “Itu aje”

“abang nak baby ke?”

“itu aje”

“Abang….” Rizki kini meraihnya kedalam pelukan hangat seorang suami. Rizki banyak bersabar dengan kerenahnya. Baru minggu lepas mereka meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Dan malam itu lah malam bahagia buat Rizki. Hadiah yang termahal dia berikan pada Rizki
setelah hampir setahun dia simpan dari Rizki.

“Abang tak minta lebih..Cuma kasih sayang Min untuk abang….”

“Min nak dalam tahun ni kita ada baby kay…”

“Haila…Min sanggup ke bekerja keras?”

” Min tak mau cari kerja lain lagi Min nak duduk rumah jaga makan pakai abang…lepas dapat anak dua baru Min nak fikkir cari kerja”

“iye? Sapa la nak terima perempuan lanjut usia dah ada anak”

“abang la..Min kerja kat syarikat daddy senang cerita…” ketawa mereka berderai…

“bankrap syarikat daddy..”

“no…abang jek yang bankrap saham..sebab semua orang tahu yang Rizki ni bukan lagi title bujang..”

“tak pe abang tambah saham yang lain”dahinya kini berkerut. Saham lain? cawangan lain ke?

“Bukan Min yang kedua atau ketiga tapi anak untuk Min yang kedua,ketiga, keempat, keli..”

“banyaknya abang”

“Abangkan pembawa rezeki Puan yasmien Awliya” sekali lagi ketawa mereka berderai. Dikucup kening Min. Yasmien Awliya tersenyum bahagia. Cintanya bukan itu aje tapi ber saje-saje….

p/s: Tetiba jek terfikir nak buat cerita ‘cinta itu aje’ kerana melihat cerita perempuan sekarang macam alat untuk lelaki puaskan nafsu diorang. Tak boleh ke lelaki sayang perempuan itu macam sesuatu yang bernilai….yang tiada peganti…tak boleh ke kaum lelaki cinta perempuan tanpa touching,hugging and kissing dan yang penting lindung perempuan dari semua masiat itu. kalau selepas kahwin semua tu jadi harus dan halal…islam itu indah =))

ikhlas rasa dari ( Kalerpensel)

Tuesday 6 December 2011

KiSaH HaTi....

Sukar untuk aku gambarkan bagaimana hatiku ketika ini.....bahagia....sengsara...derita....segalanya telah menjadi satu...adakah bahagia masih milik ku??ntahlah...aku mmg tiada jawapannya....kerana perjalananku dan langkahku masih jauh lagi...belum ade garisan penamat....

Menumpang kasih orang memang menyakitkan...walaupun ada rasa bahagia tetapi ianya hanya sementara...rasa bahagia dalam derita dan akan membawa kepada kesengsaraan....

Menangislah jika itu dapat melegakan perasaan yang ditanggung...kenapa perlu malu untuk mengalirkan airmata...mengapa perlu tahan perasaan jika dengan mengalirkan air mata kita dapat meluahkan apa yang kita rasa...bagi aku tak salah untuk kita menangis..baik lelaki @ perempuan...andai dengan menangis dapat melegakan perasaan...menangis la....menangislah hingga kita rasa puas....kadangkala memang kita tak dapat tahan untuk rasa sebak...so terpulang pada kita sama ada untuk luahkan @ tidak...kalau dipendam lagi ada rasa sakit didalam hati...lebih baik luahkan walaupun bukan dengan kata2....

Tuesday 29 November 2011

HaTi SeOrAnG WaNiTa......

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu…itu bererti dia tak dapat menahannya lagi…jika kamu memegang tangannya saat dia menangis…dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…jika kamu membiarkannya pergi…dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu…untuk selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah kecuali di depan orang yang amat dia sayangi…dia menjadi lemah…seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah hanya jika dia sangat menyayangimu…tiada lagi rasa egonya.

Lelaki…jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu…tolong pegang tangannya dengan pengertian…dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu…

Lelaki..jika seorang wanita menangis keranamu…tolong jangan mempersiakannya…mungkin kerana keputusanmu kau merosakkan kehidupannya…saat dia menangis di depanmu…saat dia menangis keranamu…lihatlah matanya…dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?fikirkan laa…wanita mana lagi yang akan menangis denga penuh rasa sayang di depanmu dan kerana dirimu…
dia menangis bukan kerana dia lemah…dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan…tetapi dia menangis kerana tidak mampu bagi dirinya untuk memikirkan tentang hal itu…

Lelaki…jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu…dan semuanya kerana dirimu…inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kaulakukan untuknya…hanya kau yang tahu jawapannya…
pertimbangkanlah…kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal…mungkin akan terlambat untuk mohon maaf!

Oleh itu…hargai & setialah pada wanita yg berada disampingmu…yang sanggup berbuat apa saja untuk dirimu, menjaga, merindui, menyayangi & mengasihi dirimu…


Wednesday 23 November 2011

AdOi La.......

Tak kusangka...tak ku duga rupa-rupanya aku kena buat cermin mata baru..patut la asyik sakit kepala jew...oh tidakkkkkkk!!!!!!!.....cermin mata ni baru je buat awal tahun aritu...takkan la nak buat lagi....aku rasa xbuat baru kot...aku andaikan just aku kurang tido jew...tapi memang betul pun...so xyah la buat...slagi elok aku akan pakai je ape yang ade....

Sejak akhir-akhirnya hatiku terusik lagi...tapi ianya tidak akan sampai kemana coz ianya tetap milik orang....aku senang berkawan dengannye....caring...romantik dan sentiasa membuatkan aku gembira dengan telatahnya...aku tak tahu sampai bila perhubungan ini berlaku...takut memikirkan kemungkinan yang terjadi...yang pasti cukuplah jika aku katakan 'izinkan aku menumpang kasihmu walaupun hanya di sudut hatimu'....

Dalam keadaan kesihatan aku yang tidak menentu ini seronok bila ada yang ambil berat tentang diriku ini...walaupun sakit rasa ringan je kepala ni sebab rasa dimanja & dibelai walaupun kami jauh...Thanks ANJE coz sudi ambil berat dan menjaga diri ini....sesungguhnya pengorbananmu itu akan kuingat sampai bila-bila...dirimulah yang mengejutkan aku bila aku terlena diwaktu rehat....miss u sesangat.....sesungguhnya aku amat menghargai jasamu....

Aku rasa setakat ni saje coretanku...otak dah xdpt menjana idea lagi..makin sakit plak rasanya....pepun hope korang faham apa yang aku rasakan kini....adioes......

Monday 21 November 2011

Assalamualikum...

lama dah tak buka & update my blog....almaklumlah....keje byk..so xsempat...arini pun sempatkan gak sbb mcm dh lama sgt dah....
aku pun xtahu ade ke yg tgk blog aku ni...xde ape pun yg istimewa....sje suka2 je...ye la...dapat gak la luahkan rasa yg terpendam kat hati ni kan...
kalau ikutkan banyak yg nak aku tulis...tapi utk arini yg base2 je aku nak tulis...
untuk yg luar biasa tu akan datang kot....hihihihihi....

Thursday 25 August 2011

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI

Selamat pagi...lama dah rasanya tidak menjenguk blog aku ni....ntah la...mcm xde mood plak...tapi memandangkan dah nak raya, kna la jenguk gak kan...hihihihihi...

Puasa tahun banyak rintangan yang diharungi...ntah la..rasanya tiap2 tahun macam ni kot...hahaha...tapi biasalah tu...inilah namanya kehidupan...betul tak....

Sebenarnya tak tahu nak tulis ape...so dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada yg tertengok blog aku ni....





Tuesday 9 August 2011

ApA yAnG dAh BeRlAkU....

Apakah sebenarnya yang berlaku pada diriku...segalanya serba tak kena...segalanya serba tak menjadi...beberapa hari ni sebak yang kurasa...tak tahu kenapa...tekanan makin menimpa...tak tahu mana datangnya...

Aku bagai hilang arah sekarang...tak tahu kenapa...apa yang telah berlaku pada diriku??kenapa ianya terjadi??sesungguhnya kemana hilangnya diriku yang dulu...kemana hilangnya kekuatan yang telah aku bina??kenapa begitu rapuh hatiku kini...kenapa!!!

Segalanya tiada jawapan...aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni...sesak dada memikirkannya...

Kerja part time aku pun macam dah sampai ke penghujungnya...aku rasa sampai hujung bulan puasa ni jew aku keje kat sana...aku rasa macam tak kena jew...asyik cuti...gaji bulan lepas pun tak dapat lagi...tak tahu la bila die nak bagi kat aku...dah la aku rasa tersentap...time pose ni aku masuk awal dari biasa...balik macam biasa gak...suatu hari boleh dieorang masej aku kata aku tak mop lantai...padahal hari-hari aku mop bila sampai kedai...kerja lagi la... makin bertambah masa bulan pose ni...aku pun tak tahu berapa dieorang bayar kat aku...takde kesempatan nak tanye...apalah malangnya nasib aku ni...aku dah nekad nak berhenti...lepas raya ni cari kerje laen plak...

Wednesday 3 August 2011

Selamat Berpuasa....

Assalamualikum allz....selamat berpuasa....sori la sbb lama tak menulis kat blog aku yang ntah ape2 ntah ni..hihihi...takde mood nak menulis...baru arini ade mood...harap u allz semua sentiasa sihat hendaknya...macam mane dengan puasa korang semua...ok ke idak??dah ade tinggal puasa ke???hahahahaha...ape2 pun semoga korang sentiasa sukses....


MISS U ALLZ....muuuuuaaaahhhhhhhhhh

Wednesday 20 July 2011

Arrrggghhhhhhh...........

Adoi la....serabut rasanye kepala ni..tetiba jew...kenape perlu ucapkan sayang jika sayang itu bukan milik aku sowang...bila aku berbual dgn orang laen ko marah...tapi ko bleh plak...mane keadilan untuk aku??aku dah bosan dengan semua ni...dah muak dah...tapi entah la...aku pun tak tahu sampai bila aku bleh bertahan...sampai mati kot...adoi la...tensionnye la...

Aku dah tak tahu dah nak buat macam mana...banyak sangat aku dah korbankan...tapi akhirnya diri aku gak yang merana...segala pengorbanan aku tiada guna dah...kadang-kadang aku rasa aku ni patung yang bernyawa jew...hanya mampu melihat tetapi tidak mampu berbuat apa-apa pun...

Ya Allah...sampai bila aku harus begini...aku dah tak sanggup rasanya...air mata ini banyak sangat mengalir hanya kerana orang laen...bukan sesiapa pun dengan aku...betapa murahnya harga air mata aku sekarang ni...aku harap sangat semoga aku tabah...tetapi aku pun tak tahu kemana hilangnya ketabahan aku selama ini...

Sesungguhnya aku amat berharap semoga ada seseorang yang bleh aku jadikan tempat sandaran untuk aku teruskan hidup...bukan hak orang dan bukan milik sesiapa...

Aku adalah aku...bukan kau dan bukan dia...semoga aku akan lebih kuat hadapi segalanya...harapan aku sentiasa membara...

Tuesday 19 July 2011

Ntah la...

Ntah la...tak tahu apa nak jadi...mentang-mentang la aku diam, ko pijak pale aku plak...ingat aku tunggul ke??takde perasaan...kalau aku salah bagitahu la...aku tak tahu masalah ko...aku malas nak cakap banyak...berdiam diri bukan bererti kalah...tapi jangan sampai aku hilang sabar sudah la...sabar manusia ada hadnya...sampai masa meletup gak...aku tak kacau ko pun selama ni...sendiri fikir la...

Selama ni tak cukup ke aku cover diri ko...ko sape hanya ko je yang tahu...dengan status ko sekarang ni dah cukup aku tanggung dosa bersubahat...dosa aku pun tak tertanggung...ni kan plak nak tanggung dosa ko...bila orang nasihat ko tak pernah nak ikut...ko tetap ikut otak ko jew...ko je nak menang walaupun hakikatnya semuanya tak bleh guna...

Berubahlah sebelum terlambat...ko tau apa akibatnye kan...tapi ko tetap buat gak...ko cite pasal kesedihan ko bila tgk die macam tu...tapi ko tetap gak takmo tengok die...bagi aku ko sepatutnya bersama die sekarang ni...ko tak simpati ke tengok keadaan die macam tu sekarang...dari hari ke hari ko kata nak tengok die...nak tengok anak ko...tapi ko tetap juga tak pergi...

Aku ingat kejadian lepas dapat insafkan ko...ko kate takmo buat lagi...tapi ikrar ko hanya bertahan 1 hari sahaja...lepas tu ko buat gak...tak guna kami sebagai kawan ansihatkan ko...sebab nasihat kami tak beri kesan kat ko pun...buang air liur aku & kawan-kawan ko yang laen jew...lepas ni apa yang berlaku kat ko...aku malas nak campur sebab aku gak yang kau jadikan musuh...tanpa sebab...tanpa aku tau apa-apa...ko buat aku macam ni...macam aku plak yang menumpang kat umah tu...so sedar-sedarlah sebelum apa-apa yang berlaku lepas ni...jangan sampai darjah kesabaran aku dah tak terkawal dah...INGAT...

Sunday 17 July 2011

Adakalanya...

Adakalanya dalam sebuah kehidupan, meniti sebuah pengharapan... kita sering didatangi, mencabar dan dicabar... mengejar dan dikejar... mengalah dan dipersalah... berpuncakkah gunung, tergapaikah langit andai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran??
Namun aku besarkan hati... bertemankan yang memahami hanya demi sebuah sabar... aku masih gagahkan diri mencari sinar bahagia di sebalik derita... pasti aku harungi kepayahan ini walaupun sabarku diinjak ke bumi....

Thursday 14 July 2011

Orang Kata VS Aku Kata...

ORANG KATA cinta perlukan pengorbanan...
AKU KATA perlu ke pengorbanan jika segalanya tidak dihargai...
ORANG KATA cinta itu buta...
AKU KATA cinta tak buta tapi orang yang bercinta itu yang buta...
ORANG KATA cinta hadir dari mata turun ke hati...
AKU KATA tidak semua cinta hadir dari mata turun ke hati tetapi ada juga terus ke hati & naluri...
ORANG KATA perempuan senang jatuh cinta...
AKU KATA tipulah...ade gak lelaki senang jatuh cinta...
ORANG KATA perempuan gunakan air mata sebagai senjata...
AKU KATA eleh...lelaki pun sama...


Kesimpulannya...apa pun ORANG KATA dan AKU KATA, segalanya terletak pada hati...kesetiaan,kejujuran,pengorbanan dan keserasian adalah amat penting dalam satu perhubungan.... kesemuanya perlu disatukan untuk mendapatkan perhubungan yang kekal sampai bila-bila...terimalah diri pasangan kita dengan penuh keikhlasan...terima dirinya bukan kerana kelebihannya tetapi menerima dirinya kerana kekurangnya...

Wednesday 13 July 2011

Bila YM Berbicara...

Aku pun tak tahu kenapa aku simpan perbualan YM ni...dan sampai sekarang aku tak tahu adakah sayang die untuk aku masih sama...kini aku mencari satu jawapan yang tak pasti...sehingga kini aku tidak mampu menyayangi orang laen lebih dari aku menyayangi dirinya...Ya Allah andai jodoh aku kuat buat die...satukanlah kami...satukanlah hati kami...satukanlah rasa kami walaupun kami jauh...sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangi dirinya sehingga aku tak mampu untuk menyayangi orang laen lebih daripada aku menyayangi dirinya... sesungguhnya Ya Allah aku amat menyayangi diriMU lebih dari segala-galanya...

Sehingga kini...sehingga detik ini aku masih menagih janjinya... masih lagi berhubung macam dulu...aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan...kerana aku punyai hati dan perasaan yang ingin disayangi dan dikasihi...andai jodoh ku bersamanya tiada,aku berharap temukanlah aku dengan seseorang yang boleh menjaga diriku di dunia dan membimbing aku ke jalan yang diredhai olehMU...


Mungkin setiap apa yang berlaku ade hikmahnya...mungkin die akan tunaikan janji-janjinya itu suatu hari nanti tapi tidak tahu bila...mungkin tahun ni @ tahun depan...hanya DIA yang mengetahui...aku hanya mampu menanti & terus menanti...bersabar & terus bersabar...

Sayang sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu...


Sedetik Lebih by Anuar Zain




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Sunday 10 July 2011

Hanya sekadar untuk berkongsi cerite...

Assalamualaikum...sebenarnya tak tahu nak tulis ape padahal dalan otak ni banyak yang nak diluahkan...mungkin untuk arini aku hanya nak kongsi cite aku buat kje part time...hihihi... akhirnya aku dah start gak...kalau ikutkan hati mmg malas nak buat tapi bosan dah tahap yang agak kritikal...kalau ikutkan kemampuan kewangan aku memang la kritikal tapi sebelum ni tak de plak aku nak buat kejetapi mungkin dah terbuka hati aku nak keje kot...ye la dari aku duk umah baik aku keje...dapat gak duit... juge dapat gak aku tambah kawan...tapi aku lebih suka kje kat belakang dari keje kat depan...kiranya aku jadi orang dapur la... hihihi...korang kalau nak datang tempat keje aku bleh...makanan pun sedap...aku banje korang bayor la sendiri...kihkihkih... setakat ni baru dua(2) hari aku kje...alhamdulillah...dieorang layan aku pun baik...sangat lega...walaupun ngantuk tapi aku enjoy...

Thursday 7 July 2011

Bengang......

Semalam adalah hari paling aku sedih...mane taknye...FB aku telah diceroboh...habis chips poker aku kena curik...terpaksa lah buat akaun baru...satu lagi kerje nak add member semua...bangang + bongok + ape2 je la....memang hampeh orang yang menceroboh fb aku tu...harap lepas ni tuhan akan balas apa yang die buat kat aku...kawan2 aku kena gak...

Tuesday 5 July 2011

Ucapkan


Perlu ke kita ucapkan bila sayang seeorang...perlu ke kita ucapkan jika mencintai seseorang...bagi aku itu hak masing-masing... andai tidak mahu terlepas,biarlah kita ucapkan...tetapi setiap apa yg ingin lakukan,kita sentiasa bertanya...apakah tindakkan yang diambil itu betul...tepuk dada...tanya minda...

Ape pun yang terjadi,walaupun aku, kau, dia @ kita tidak mampu meluahkan apa yang kita rasa...lagu juga kadangkala memainkan peranan...so kat sini aku nak share satu lagu yang aku rasa cukup untuk aku gambarkan perasaan aku terhadap seseorang... mungkin orang itu adalah kau @ dia...yang pasti aku masih mencari...dan akan terus mencari...

Mungkin orang yang aku cintai itu ada di depan mata aku...tapi aku tidak nampak kerana mata hatiku telah di butakan dengan menyayangi orang laen....itu adalah sebarang kemungkinan... aku harap,dgn adanya lagu ini,suatu hari nanti akan aku ucapkan apa yang perlu aku ucapkan...

Semoga anda semua terhibur......




 Ucapkan ~ Erra feat Yusri

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi
Untuk ku mengaku cintamu

Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi
Untuk ku mengaku cintamu

Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi
Untuk ku mengaku cintamu

Kau yang kumahu ku cintamu


Monday 4 July 2011

Sahabat

Apakah itu persahabatan? [Dipetik dari wikipedia]


Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.
Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
  • kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
  • simpati dan empati.
  • kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
  • saling pengertian.



 
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 

 (dipetik dari ~ http://abahmuizz.blogspot.com)



 

Sunday 3 July 2011

Kenduri Punye Cite....

Adoi la...penat dan sakit-sakit badan ni...nak kate tak pernah kenduri pernah...nak kate tak pernah tolong kenduri pernha...ntah la...mungkin dah lama dah kot tak enjoy macam ni kat kenduri...almaklum la tetiba jew kena masak lauk untuk pengantin...ingat hanya tolong jew tapi kena masak sekali da...nasib baik sempat sediakan sebelum kul 11.00pg...start masak dalam kul 9.00pg...kelam kabut gak la sebab lauk yang tak dirancang dimasak gak...berbaloi rasanya masak lauk pengantin coz dipuji sedap...kihkihkih...laen kali leh jadi bidang terjun lagi...tapi sayang sebab tak amik pun gambar lauk yang aku masak tu...ape-ape pun enjoy walaupun sakit-sakit badan...

Cedapnye makan limau....

Ratah time...base la lepas pengantin makan kita plak...
Penuh kekusyukkan...almaklumlah sedap...kihkihkih...

Iman ~Dapnye la...kalau ko nak amik yg laen...ni aku punye...
Boy ~ Takmo...aku nak kat ko gak...
Iman ~ Tak bleh...ko minta la kat mak ko...ni aku punye....
Kek dan pulut kuning

Sesi memotong pulut kuning...
Sesi memotong kek...

Sesi melepaskan gian potong kek...tak dapat potong kek untuk hari lahir sendiri pun takpe janji dapat potong kek gak walaupun kek kawin orang punye..."Happy Baleted Birthday untuk diri sendiri dan untuk abang botak aku ni...kihkihkih....
Aku dan kakak pengantin...

Thursday 30 June 2011

Senja Nan Merah

First time layan lagu ni kat karok...mmg best...lepas ni leh layan lagi.....

http://www.youtube.com/watch?v=VVeQjGVrmgE


Senja Nan Merah ~ Awie & Ziana Zain

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa... terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian

Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah

Wednesday 29 June 2011

Aku tak tahu....

Aku tak tahu nak kate ape dah...semuanya serba tak kena...mungkinkah sebab sikap aku yang membosankan ni orang buat aku tak wujud??mungkinkah sebab hati aku yang lembut ni orang selalau pijak aku...mungkinkah sebab sikap tolak ansur aku ni orang amik kesempatan...aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi...dah la aku hilang diri aku yang sebenar...aku tak tahu kat mana nak cari...aku dah lost diri aku sendiri...aku tak tahu...

Tuesday 28 June 2011

Teman yang ku kasih by Azharina Azhar

Tetiba je tadi kawan aku cerita tentang kisah Laila Isabela....die bagi aku lirik lagu ni sikit..pastu aku cari la lagu siapa....dah cari aku letak la kat sini...aku nak share dengan korang semua...hope korang sudi tengok...hihihihi....


Lagu: Teman Yang Ku Kasih
Penyanyi: Azharina Azhar


Engkaulah Temanku
Tempatku Mengadu
Tika Tawa Pilu
Tetap Bersamaku..
Teman Yang Ku Kasih
Akan Ku Hargai
Hingga Akhir Nanti
Kan Kekal Abadi..

Ku Pinta Oh Tuhan
Agar Berpanjangan
Sebuah Persahabatan
Penuh Keikhlasan..

Alhamdulillah.....

Bersyukur aku kepadaNYA kerana telah mengembalikan kawanku dengan selamat...sesungguhnya aku sgt gembira & berlinang airmata ini bila menatapnya...akhirnya die pulang juga ke rumah...tetapi banyak persoalan yang terlintas difikiranku sekarang...apa yang berlaku pada dirininya??kenapa perlu jadi sebegini???
Aku pun tak tahu nak kata apa...bila kes ni melibatkan polis aku jadi tak tentu hala...tak salah rasanya bagi die tenang dulu sebelum nak serbu rumah aku...aku jadi keliru tak sampai 1/2 jam dia sampai,teman lelakinya sampai...kalau korang kat tempat aku pun mesti pelik...kenapa tiba-tiba je die boleh datang...macam tau-tau je kawan aku ni dah sampai rumah...korang pun mesti pelik kan...aku lagi pelik...
Susah aku nak lelapkan mata bila fikirkan kes ni...tak pasal-pasal jadi kecoh...ntah la...yang pasti aku dapat selamatkan die dari terjun tingkap...sungguh nekad lagaknya...buat aku naik angin tak tentu pasal jew...dan sesungguhnya ari ini suara aku dah jadi macam ELLA...huhuhu....

Monday 27 June 2011

Errmm...Ntah La....

Dah lebih 24jam dah...khabar berita pun tak dengar...ntah la...tak tahu kemana die dah pergi...paling kurang pun call la aku ni...takde la aku risau pasal ko...aku dah tersepit dah ni...tak tahu nak percaya tang mane...tolong la hubungi aku...kawan serumah ko ni....

CiNtA

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan TUHAN. Ramai yang tahu tentang hakikat itu dan ramai yang sering mengungkapkan kata-kata itu. Ramai yang menjadikan kata-kata itu sebagai nasihat untuk yang lain tapi yang peliknya mengapa kata-kata itu tidak dijadikan nasihat untuk diri sendiri...Itu kata-kata klise yang sering diulang-ulangkan...Tapi mungkin kerana terlalu cinta kita selalu lupa....errmm...ntah la......

Saturday 25 June 2011

Ntah La....

Aku pun tak tahu adakah salah aku....tapi yang pasti aku tak bersalah pun..sesungguhnya memang sukar untuk puaskan hati orang...jalan yang terbaik diamkan diri...duduk elok-elok...
Seeloknya hidup janganlah hanya untuk menyusahkan orang sahaja...terimalah kenyataan bahawa hidup ini hanya sementara..hidup umpama roda...sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah...
Memang sukar untuk kita memahami diri sesorang...begitu juga kita...sukar untuk memahami orang laen...jalan terbaik adalah berikan masa untuk diri kita memahami diri sendiri sebelum kita memahami diri orang laen...

Thursday 23 June 2011

Luahan...

Keadaan sama seperti semalam...emosiku masih kurang stabil..tak tahu kenapa terlalu memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan...kenapa sukar untuk aku melupakan dirinya...istimewa sangatkan dirinya terhadap diriku..ntahla..ku cuba untuk melupakan dirimu tetapi aku tidak mampu...
Ya Allah tolonglah hambamu ini...melupakan dia yang tidak sepatutnya aku cintai...mungkin sudah suratan takdir untuk aku bertemu dengannya...berkasih sayang...tapi aku tidak mampu untuk meneruskan segalanya kerana hanya dia adalah hak milik orang lain....
Bukan sengaja aku ingin bersikap begini tetapi dia banyak menyedarkan aku tentang sebuah kehidupan...tentang sebuah perhubungan...bukan aku tidak mahu mencari sesorang yang boleh aku sandarkan harapan...tetapi banyak kali hatiku dikecewakan...aku tidak mampu untuk menanggungnya lagi kerana hatiku telah terlalu sakit dengan sikap-sikap mereka yang hanya pandai menabur janji...
Ya Allah...temukan aku dengan sesorang yang mampu menjaga diriku...membimbingku ke jalan yang diredhai olehMU...menyayangiku kerana diriku bukan kerana kelebihan yang ada padaku...sesungguhnya aku telah penat untuk mencari sebuah kebahagiaan....

Errrmmm....

Tetiba hati rasa sakit sangat...tak tahu kenapa....maybe aku terlalu memikirkan tentang mereka-mereka yang tidak sepatutnya aku fikirkan...kenapalah dieorang ni suka mempermainkan perasaan aku...ingat aku ni patung ke....mungkin bagi dieorang aku ni patung bernyawa....ntah la...mungkin ni dah nasib aku....terima kasih atas segalanya ye...aku terima dengan redha....

Wednesday 22 June 2011

Buka Puasa Punya Hal....

Teringat kisah semalam....punya la semangat nak berbuka..beli la nasi ayam kukus...bila time nak berbuka je..tengok-tengok nasi tu basi...sedihnye la...nasib baik la my fren balik..die belikan kuew tiew goreng.....thanks my fren...arini nak g gerai tu...nak cakap kat die pasal nasi basi semalam....


Kisah Hati ~ Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Detik Itu....

Detik itu...
Kita sentiasa bersama....
Kemana-kemana pun bersama...
Tetapi kini...
Detik itu tiada lagi...
Segalanya tinggal kenangan...
Segalanya telah ditinggalkan...
Kini...
Aku saja yg teringat...
Detik2 yg telah lama berlalu...

Assalamualaikum....

Tiada kata secantik bahasa..... Assalamualaikum pembuka bicara.... Salam perkenalan untuk semua.... Andai ade terkurang atau terlebih harap di maafkan... Semoga kebahagian menjadi milik saya dan anda sentiasa...