Thursday 20 March 2014

I'm Married

Assalamualikum pembuka bicara...setelah sekian lama tidak berkarya kini aku kembali untuk menulis tentang apa yang aku ingin perkatakan...

Setelah setahun menyepi dari laman blog ini kini aku kembali dengan semangat dan azam baru...Syukur kehadratNya kerana kini aku sudah berteman...memang rezeki ku kerana bertemu dengan teman lama setelah 18 tahun terpisah...mungkin ini mmg jodohku bersamanya...syukur ssangat...akhirnya ketemu jua dengannya...




Hantaran dari pihak perempuan
Hantaran dari pihak lelaki
Cincin
Akad Nikah
Sarung Cincin
Duit Hantaran
Bersama mak dan abah
Bersama mak dan mak mertua


My Lovely
My Lovely


My Lovely

Bersama kak long, abg long, mak su anak2 saudara serta sepupu


Sunday 14 October 2012

I'm BaCk....

Rasanya sudah lama tidak menulis apa2...blog ni pun dah jadi sewel dah ajdinya...hihihihihi..pe2 pun keadaan ku sekarang dalam kekeliruan untuk mencari identiti yang sebenar...rasanya lama dah aku tak berpijak dibumi yang nyatak...duduk di awang2an....tetapi alhamdulillah ada insan yg menyedarkan aku dari terus tersesat jauh...

Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kehadirannya walaupun bukan sebagai orang yg penting ttapi sebagai seorag kawan...semoga dia akan ada disisiku dalam aku mecari identiti aku yang sebenarnya....

Caiyok...caiyok....

Tuesday 15 May 2012

5 Sebab Suami Berubah Kasih



SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya,  dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup,  Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan

Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.


Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

Thursday 3 May 2012

Sahabat...


kawan gaduh banyak...
kawan serasi kurang...
kawan mkn kawan pun banyak gak...
kawan gelak ketawa lagi banyak...
kawan bila kesusahan kosong...

apa pun yang berlaku di disini...di luar sana, bila berlakunya sesuatu berterus terang, bermaaf2an...kerana setiap yg berlaku ada hikmahnye....
sangat sukar untuk kita mencari seorang sahabat susah dan senang...ketawa dan menangis bersama....tetapi sangat senang untuk kita mencari kawan ketawa...
apa yang pasti..... sahabat sukar ditemui tetapi kawan mudah didapati....
sebaik2 sahabat adalah teman yang stiasa ada disisi kita tidak kira bagaimana pun situasi yang kita hadapi....

KAWAN KETIKA GEMBIRA....
TEMAN SENTIASA....
SAHABAT SELAMANYA.......

Sunday 29 April 2012

My DeAr....

Assalamualikum...lama tidak berkunjung disini....hope segalanya berjalan seperti biasa....my dear...adakah mungkin ianya akan berlaku....xtahu dan tak pasti coz terlalu banyak halangan yang datang untuk bersamanya....

Monday 9 January 2012

SeLaMaT TaHuN BaRu....

Waahhhh....dah lama rupenye tak update blog...terlupa seketika plak ttg blog aku ni...hihihiihi...tu la kan....Selamat Tahun Baru semua......semoga tahun ini membawa sinar bahagian untuk diriku....ape azam korang tahun ni ek....

Korang nak tahu tak azam aku tahun ni..kalau korang xmo tahu pun aku tetap nak bagitahu gak...hahahhahaa....azam aku tahun ni nak kawin @ nikah...pastu nak kecikkan badan aku...tu je yang aku minta....semoga apa yang aku hajati akan termakbul...insyaallah.....

Harapan aku untuk tahun ni adalah mencari ketenangan...kedamaiam...kebahagiaan dalam hidup yg telah lama aku rasakan sudah hilang dalam diriku....kini aku sudah merasakannya walaupun tidak sepenuhnya....

Bagi insan yang pernah aku sayang..kasihi...rindui....aku minta maaf banyak2 andai aku terpaksa hidup dalam hipokrit...ini kerana aku sudah hilang akan rasa itu....aku pun tak tahu ke mana hilangnya rasa itu...tiba-tiba aku rasa lost tentang perasaan itu....mungkin sebab kehidupan aku yang amat sukar membuatkan rasa itu hilang dengan sekelip mata....

Sesungguhnya aku hanya insan biasa...ingin di miliki & memiliki...oleh itu cintai lah aku dengan seadanya bukan kerana kelebihan yang aku miliki tetapi melihat kekurangan diri aku juga...

Hope anjoy....
love u more....
muuuaaahhhhhhh........
adieossss........

Sunday 11 December 2011

CiNtA ItU AjE....

Sebuah cerpen yang best....dan menyentuh hati aku sebangai seorang wanita.....cerpen ini ingin aku letakkan di dalam blog aku untuk ingatan aku dan orang yang singgah blog aku ni...kepada penulis, izinkan aku untuk menyiarkan karya anda sebangai 1 penghargaan yang tidak ternilai buatku....



Cinta itu Aje

Oleh : kalerpensel

Air jambu batu beserta serbu asam boi selamat masuk kedalam mulutnya. Ya Allah…nikmatnya air yang kau beri ini. Dipandang langit yang kini bersilauan cahaya matahari, matanya mengecil melihat langit dunia itu. Cerah hari ni tapi panas sedikit…Dia tersengih dihujung bibir.

“wei mangkuk..”sapaan itu menyentap segala kenikmatan yang mula dinikmatinya. Senyumannya bertukar rasa. Tadi bergula sekarang tanpa gula. Dia mencebik “Apesal?”

“Sini kau..datang beli air tak ajak aku” marah Nadiya namun ada senyuman diwajah sungutan itu. Mengada-ngada..nak beli air pun nak berajak-ajak ke? Macam aku si uda dia? Dia pulak macam si dara aku? Ceh!!!

Air jambu batu dirampas cermat oleh Nadiya dan selamat masuk kedalam mulut Nadiya untuk beberapa teguk. Pantas dikepit straw..

“Alah…Min, kede la kau ni” tangannya ditepis laju. Nadiya menyedut semahu boleh. Macam tak minum sebulan jek lagaknya itu.

“kau ni Diya, aku punya tu” mulutnya memuncung kedepan menunjuk hak miliknya yang kini sesuka hati diambik Nadiya.

“Dalam seluar” Nadiya mencerlung kebawah. Pantas tangannya menyekeh kepala Nadiya. Mau terteleng kepala Si Diya dibuatnya.

“Kau ni..” bekas air jambu batu berada semula dalam tangannya tapi sudah KOSONG!!!!!. Yang tinggal ketul ais. Nadiya ketawa melihat raut wajahnya yang kini bertukar rasa. Yang tadi dia rasakan cerah kini jadi kelam.

“Kau dahaga beli lain la”

“Kau jahat la Diya” dia berjalan meninggalkan Nadiya.

“Kau tahu tak tadi aku jumpa sapa kat library?”

“Ntah..”malas dia hendak melayan Nadiya

“Rizki…”langkah kakinya mati. Nadiya tersengih melihat wajah yang seperti tak puas hati dengan nama yang keluar dari mulut Nadiya. Tenungannya seolah mintak diterusnya sketsa yang tergantung tadi.

“Dia kirim salam kat kau. Dia kata kalau boleh nak jumpa kau secara personal” sengihan Nadiya semakin lebar. Alahai happy pulak Nadiya. Macam dia punya badan yang Inche Rizki tu nak jumpa.

“Kau yang mula dulu Diya, kau jumpa dengan dia senang. Kau berterus-terang tentang hal sebenar”

“Tak bole Min, cerita kau dah ditengah jalan ni no undo kay…” Nadiya kenyit mata. Senyuman gatal mula menyidai dibirai bibirnya.

“Lorh..kau dan Sya yang mulakan cerita yang tak betul ni. Asal pulak nak sabitkan dengan aku?”

“Tapi kau watak utamanya”dia merengus geram. Pantas dia melangkah laju meninggal Nadiya yang terjerit-jerit memanggilnya. Dia benci dengan apa yang berlaku pada dirinya. Nak salahkan Nadiya? Atau Syaza? Atau Rizki sendiri?

++++++

“Nape kau benci sangat dengan Rizki tu?” soal Sya tak puas hati dengan kenyataannya tadi. Dia tak berminat lelaki taste seperti Rizki. Macam semua perempuan diwajibkan jatuh cinta dengan Rizki? Tak rugi pun perempuan dalam dunia ni kalau si Rizki tu kawin dengan perempuan cantik seperti Atikah.
“Aku tak benci la oke..aku Cuma tak berminat”
“Haila..min, kau ni macam mati nafsu jek. Rizki tu bukan main hero malaya kat kolej kita kau bole kata yang kau tak berminat lelaki macam tu?” Nadiya memandang tanpa kedip.
“Haaahh…Rizki tu ada peminat tersendiri tau”tokok Sya sambil menyedut minumannya.
“Kau nak lelaki macam mana?”
“semua tak..”senang jek jawapannya. Boelh tak kalau sehari perempuan-perempuan dalam dunia ni tak cakap langsung pasal lelaki? Dia jadi muak. Tengok cerita hindustan pun jadi la, puas dia muntah. Dia jadi alergi..adakah itu simptom sukakan sejenis? TAKKKK!!!!
Dia dah check, dia cuba peluk Diya tak berdegup pun? Dia tengok Sya berkemban dia tak teruja pun? Mana mungkin dia suka sejenis kalau semua tu tak? Just dia tak suka cinta lelaki tak pun hal-hal yang romantik. Ya Allah mau kembang kempis hidung tahan meloya ditekak.
“Toiya..min, kau suka sejenis ke?” soal Sya sambil merenung dalam.
“kau jangan min..Dilaknat tuhan” marah Nadiya. Ditutup ruang dadanya dengan fail berisi assignment. Ceh!!!
Berterabur ketawanya melihat mereka berdua sudah seperti tikus ketakutan diterkam kucing. “aku tak berminat la ‘barang’ korang. Aku pun ada”
“Mau darah aku berhenti kalau kau kata ‘ya’” sya sudah mengurut dada. Melepas keluhan lega.
“Tapi kan…asal bilik kau tak pun loker kau banyak pic heroin tak kisah la dari korea ke, jepun ke, hollywood ke hah?”Sya tak puas hati lagi. Lagaknya menyoal mengalahkan FBI dalam CSI Miami.
“Dah aku minat. Diaorang kan cantik” berkerut kening ‘dua ekor’ tak puashati lagi.
“Dah la…malas aku nak layan soalan mengarut korang ni. Aku ni masih berpijak dibumi yang nyata. Aku masih lagi beriman dengan Allah. Aku ni masih umat nabi muhammad..fahammm” terangnya geram. Dikemam dua ulas bibir menahan geram dengan prasangka mengarut Nadiya dan sya itu.
“oke..baik, kami nak kau bercinta dengan Rizki kalau kau boleh buktikan yang kau ni normal”cabar nadiya manakala sya menganguk laju mengiakan cabaran itu.
“Merepekla..korang nak tengok aku tiap-tiap hari muntah ke?”
“tak kisah asal kami puas hati dengan kau punya diri yang ada ‘hawa’ didalam ni” Nadiya menepuk lembut dadanya.
“kalau tidak sampai bila-bila kita orang ingat kau les….Ishh..aku tak tergamak nak sebut tau min, tapi aku harap kau tak la..” Sya dah mengerut kening.
“Min…kalau tak bole nak mulakan perkenalan dengan Rizki. Kita orang bole aturkan..oke” tetiba jek kepalanya mengangguk mengiakan jawapan yang dia sendiri tak pasti dan dia sendiri tak mahu. Dah semenjak itu la dia terjerat dengan cinta itu aje baginya, dia tak mahu cinta yang lebih-lebih.

+++++

“Yasmien Awliya…” air yang diodernya kini berada didepan matanya. Rizki tersenyum sambil melambai-lambai tangannya di depan paras wajahnya.
“Menung jauh nampak?” Rizki menarik kerusi duduk bersebelahan dengannya. Dia kini secara rasminya sudah ‘declare couple’ dengan Rizki. Kebanyakan pelajar perempuan di kolej tu mula mengumpat tentangnya. Dia tak sesuai la dengan Rizki, dia tak cantik la, Rizki buta la pilih perempuan macam dia. Sejak dia couple dengan Rizki hidup tak penah aman…..
Rizki bukan membawa rezeki buatnya tapi membawa malang dalam hidupnya. Dalam sebulan sudah sepuluh pucuk surat ugutan tinggalkan Rizki. Dia memang nak tinggal tapi Rizki tu yang tak nak. Katanya susah nak cari perempuan macam aku.

Rizki kata aku tak kongkong. Aku tak cemburu buta. Aku jugak tak kisah hal dia sangat. Sebab aku bukan jenis yang ambik kisah hal lelaki. Cerita terbaru Rizki ada fair dengan lecturer baru Cik Suraya. Diya dengan Sya siap tunjuk pic Rizki sedang mesra berbual dengan Cik Suraya kat tempat pakir kereta.

Dia tak rasa jealous pun.
Rizki datang jumpa dia menerang hal sebenar, dan dia hanya membalasnya dengan senyuman dan berkata “Min ada akal, Min bole fikir dan Min ada mata, min bole membezakan pandangan yang salah Riz..”
Rizki puas hati. “Riz kalau bole nak hidup dengan Min sampai akhir hayat”

Iya la tu…lelaki semua boleh ucap. Hingga hujung nyawa pun sanggup jadi cagaran. “Min percayakan Riz kay..”

“Min…menungkan apa ek?” dia kini kembali ke alam nyata. Rizki disebelah dipandang dengan senyuman lolipop.

“kita dah habis final exam..Min ingat nak sambung study kat luar negara la”

“Yeke? Riz tak fikirpun sampai ke situ. Tapi mummy dah plan nak hantar Riz ke US” minumannya disedut Rizki. Satu perkara yang berbangkit dia tak suka dengan Rizki. Rizki suka share minuman denganya. Dia? Eeeyaarkkk!!! Dia dari dulu tak suka share dengan lelaki hatta dengan along tak pun angah , abang-abangnya yang kini menetap di oversea. Along di Australia dan angah di Korea. Masing-masing sibuk dengan study+kerja disana. Along dah kahwin dengan pilihan keluarga, dia tahu along terima jek. Along pulak jenis tak memilih dan kak Asmidar memang layak tinggal disisi along. Angah pulak nak still bujang dulu. Kata angah nak bagi along masuk anak ketiga baru dia nak bina ‘Masjid kat Korea’. Ade ke?

“Kita pergi US sama-sama nak? Continue study kat sana tapi sebelum tu kita kahwin dulu…nak? Glup!!! Dia telan liur satu suggestion yang membunuh dirinya. Rizki betul-betul nak ke dengannya?

“Min ingat nak sambung kat Australia jek…apa kata kita bawa haluan masing-masing, lepas grade kita kahwin la..nak?” rizki sudah mencemik

“Riz takut Min jumpa lelaki lain kat sana..lagipun Riz dah bagitau mummy nak masuk meminang Min hujung bulan ni” hahhh??? OMG!!!! Dia rasakan Rizki sedang memancung kepalanya dengan pedang samurai jek. Berkali-kali ditelan liur dah rasa berpasir.

“Mummy dan daddy kan kenal dengan Bonda dan walid Min..” yelah tu….kau yang beria-ria ajak mummy, daddy kau makn-makan kat rumah aku…bonda dan walid memang suka sangat dengan budak ‘pembawa rezeki’ ni. Ramah macam nak masuk pertandingan carian calon menantu. Ambik hati bonda la kat dapur tak cukup dengan tu jadi tukang bilal berimam dengan walid. Haila…hati ibu bapa mana la tak tertawan dengan pakej ‘pembawa rezeki’ ni.

“Riz suka ke dengan Min ni?” tetiba jek dia menyoal soal hati. Sebelum ni tak pun. Dia dah tukar channel ke?

“Suka, sayang dan cinta….Min semua dalam pakej tu” senyuman tu dah nampak ‘heaven jek’.

“Bukan Riz jenis..”

“tak suka terikat seorang perempuan? Kasanova?” pandangan Rizki mencerlung ke paras wajahnya. Senyuman itu bertukar rasa menjadi lebih manis lagi.

“Itu sebelum riz jumpa dengan seorang perempuan dari berjuta-juta perempuan. Sekarang dah jumpa yang terikat dihati” Rizki menunjuk dadanya. Agaknya kat situ kot ‘heart’nya berdegup…

“Min ni simple orangnya Riz…Min tak suka yang romantik”

“Riz suka..kita ada soulmate” ceh…pigidaaaaaaa..soulmate kau kata? Kau suka cerita romantik, aku suka cerita triller. Kau suka soft drink, aku suka hot drink. Kau suka balada, aku suka hiphop. Kau suka warna merah, aku senang jek hitam. Kau makan jenis yang ber’sup’. Aku suka yang pedas. Memang different bangat!!!! Satu lagi kau suka kucing aku pulak suka ular……Cuma tak boleh bela jek.

“Min please…jangan lepaskan Riz…Riz dah cukup satu Min, Riz tak nak dua Min, tiga Min ker” alahai…’pembawa rezeki’ sekarang boleh la cakap nak satu Min, lepas kahwin bukan dua Min ke Tiga Min ke malah berempat Min pun kau sanggup…

“Min…Riz harap Min terima ek”

++++++

Enam bulan kemudian…..

Rizki garu kepalanya yang tak gatal. Baru seminggu dia mendirikan ‘masjid’ dengan Yasmi Awliya, seorang gadis yang cukup menawan hati baginya. Tapi….min macam tak kisah jek. Dia ingat sebelum kahwin jek tapi lepas kahwin Min tetap dengan identitinya yang tak ambik kisah.

Ada satu babak yang dia tak boleh terima dek akalnya.time nak ber’mesra’ dengan Min. Min dah muntah semua nasi kenduri yang dimakannya. Jangan kata malam pertama, kedua , ketiga dan seterusnya begitu jugak.

Dia hanya boleh peluk min time tidur jek. Alahai macam sleeping beauty jek. Tak leh buat apa-apa. Dan yang tak masuk akal lagi Min boleh tanya dia ” Hurmm..macam ni ke suami kena cium isteri tak bole ke kat pipi jek?”

Dia macam nak suruh jek askar jepun tembak dia disaast itu. “Min sayang abang tak?”

Dilihat Min mengangguk lemah. Senyuman itu tawar. Diusap pipi isterinya “abang sayang Min juga”

“Tapi perlu ke sayang kena ‘buat macam tu’? Dushhh!!!! Mau jek dia menyerah kat muhamad ali peninju terkenal tu bagi pengsan sekejap untuk dia tenang jiwa.

“Min nak baby tak?”

“baby? Maksud Riz anak ke?”
Dia mengangguk sambil tersenyum. Dia mengusap lembut bahu Min. Dikucup bahu itu. “anak Min ke?”

“Anak kita” Min membalas pelukan dia.tapi sekejap jek. Min dah bangun dari pembaringannya lalu dibuka lampu tidur sebelah katil.

“kita extend boleh tak?” muka comel itu sudah merayu. Dia mati kata. Mati akal. Mati segalanya. Dipeluk Min lalu direbah Min atas lengannya. “Min tidur la..abang dodoikan”

“Min rasa macam bonda jek kat sebelah” Hoiya..suami kau kata macam bonda.

Namun dia tak mahu menyerah kalah. Dia cinta kan Min, Cinta perlu memiliki. Dari memiliki itu ada satu ikatan yang sukar diputuskan. Dia inginkan zuriat dari Min. Dia mahu kehidupanya dengan Min lengkap sempurna sebagai hamba yang hidup dengan fitrah yang dikurniakan oleh Allah.

++++++

Lepas balik dari kuliyyah terus dia melepaskan tubuhnya diatas katil. Dia kini hanya berdua dengan Rizki dinegara asing. Semakin hari dia boleh menerima Rizki dalam hidupnya contoh perubahan terbesar dia dah tak muntah lagi.hehee

Dia teringat kata-kata Rizki ” Min nak abang tengok Min jek, tanpa touching, hugging and kissing?”

“Min nak cinta tu macam tu jek?”

“what do you mean?”

“Riz jaga Min macam perempuan”

“perempuan?”

“Hanya perlu dihormati bukan cinta ‘hubungan’itu semata-mata”

“Min…abang kahwin dengan Min pun bukan nak yang ‘itu’ tapi sebab abang suka,sayang dan cinta dengan Min.”

“tapi nape semua lelaki yang Min jumpa, yang Min kenal dan Min tengok nak ‘hubungan’ itu jek?”

“Dari cinta terciptanya ‘hubungan’ tu Min. Tapi itu selepas kahwin dapat pahala Min….”Rizki tersenyum dihujung kata.

“kalau sebelum itu mahu ‘hubungan’ itu melalui cinta. Itu Haram min”

“Min tahu….Min teringat kata kawan baik Min, perempuan suka ‘hubungan’ itu kerana cinta tapi berlainan dengan lelaki sukakan cinta kerana ‘hubungan’ itu” Rizki pantas memnariknya kedalam pelukan.

“min dah silap…tak semua lelaki begitu. Daddy tak pun mahu pun walid dan juga abang”

“jangan cakap Riz…kadang kala kita tak menduga hidup kita. mana tahu Riz jumpa perempuan lain jauh lebih baik dari Min, Riz bole tinggalkan Min..” dia cuba meleraikan pelukan itu namun Rizki mengetatkan lagi pelukan itu hingga tiada ruang.

“InsyaAllah..abang berusaha untuk satu Min jek..” Rizki mengucup keningnya kemudian setiap inci ruang diwajahnya. Dibiarkan…dia tahu Rizki berhak untuk semua itu.

++++++

Dia jadi fobia dengan lelaki kerana Irdina, teman baiknya disekolah menengah. Irdina teman disaat duka dan sukanya. Namun segala bertukar rasa. Irdina dingin dengannya sejak irdina mula rapat dengan Daniel, lelaki yang menjadi kegilaan perempuan disekolah itu.
Sehingga satu hari yang telah mengubah hidup Irdina, hidupnya. Harapannya. Kecewaanya!!!

“Min..aku pregnant” Irdina datang padanya dengan wajah tak terurus.

“What???? Kau biar betul Dina? Jangan main-main”

“betul la..dah dua bulan aku tak datang period. aku test dengan pregnancy yang jawapannya positif” meraung Irdina. Air mata mula berjuraian

“Anak siapa?”

“Daniel…” mahu jek disaat itu dia cekik batang leher Daniel.

“Dia tahu tak?” Irdina mengangguk lemah ” dia kata bukan anak dia…sumpah min aku tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain dia”

“Nape kau bodoh hah?” disaat itu pipi mulus itu jadi sasaran penamparnya. Dia marah dengan Irdina. Dia geram..kenapa Irdina mudah menyerah..

“kau boleh bunuh aku sekali Min” pantas tubuh teman itu diraih kedalam pelukannya. Mereka menangis teresak-esak. Dia sayang Irdina macam saudara perempuan dia sendiri. Dia tidak ada adik ataupun kakak. Irdina bagai kakak dan adik baginya.

“Min…perempuan selalu tertipu” disaat itu seingatnya Irdina mengusap lembut perutnya dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya meramas jari jemari Min.

“Nape?” dilihat mata Irdina sudah berkaca…

“Min….perempuan serahkan tubuhnya kerana cinta tetapi lelaki sebaliknya serah cinta demi tubuh..tapi yang meninggal kesanya perempuan Min..” kaca itu sudah berkecai menjadi titisan mutiara jernih mengalir dipipi Irdina.

“Malu yang ditanggungnya perempuan Min…”

“kau menyesal ke?”

“Aku tak menyesal mengandungkan anak ini Min tapi aku menyesal bertemu dengan cinta Daniel Min…” dia pantas memeluk Irdina yang kini sudah teresak-esak dengan tangisanya.

“Jangan kau buat satu dosa besar ini Dina cukuplah dengan Daniel. Jangan kau bunuh anak ini”

“aku tak mungkin bunuh darah daging aku sendiri Min…” kini Irdina pergi bersama anaknya. Irdina tak sempat bersalin, anak dalam kandungan itu kelemasan, irdina pulak tidak cukup kuat untuk teruskan hidup. Semenjak itu dia jadi nak termuntah bila hal-hal berkaitan cinta lelaki. Cinta lelaki meloyakan tekaknya.

+++++

Setahun dua bulan kemudian……….

Rizki tetap disisinya. “Min nak cinta yang itu aje so abang buat macam itu aje”

Dia tersenyum bila ciuman Rizki singgah ke bibirnya, “Itu aje”

“abang nak baby ke?”

“itu aje”

“Abang….” Rizki kini meraihnya kedalam pelukan hangat seorang suami. Rizki banyak bersabar dengan kerenahnya. Baru minggu lepas mereka meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Dan malam itu lah malam bahagia buat Rizki. Hadiah yang termahal dia berikan pada Rizki
setelah hampir setahun dia simpan dari Rizki.

“Abang tak minta lebih..Cuma kasih sayang Min untuk abang….”

“Min nak dalam tahun ni kita ada baby kay…”

“Haila…Min sanggup ke bekerja keras?”

” Min tak mau cari kerja lain lagi Min nak duduk rumah jaga makan pakai abang…lepas dapat anak dua baru Min nak fikkir cari kerja”

“iye? Sapa la nak terima perempuan lanjut usia dah ada anak”

“abang la..Min kerja kat syarikat daddy senang cerita…” ketawa mereka berderai…

“bankrap syarikat daddy..”

“no…abang jek yang bankrap saham..sebab semua orang tahu yang Rizki ni bukan lagi title bujang..”

“tak pe abang tambah saham yang lain”dahinya kini berkerut. Saham lain? cawangan lain ke?

“Bukan Min yang kedua atau ketiga tapi anak untuk Min yang kedua,ketiga, keempat, keli..”

“banyaknya abang”

“Abangkan pembawa rezeki Puan yasmien Awliya” sekali lagi ketawa mereka berderai. Dikucup kening Min. Yasmien Awliya tersenyum bahagia. Cintanya bukan itu aje tapi ber saje-saje….

p/s: Tetiba jek terfikir nak buat cerita ‘cinta itu aje’ kerana melihat cerita perempuan sekarang macam alat untuk lelaki puaskan nafsu diorang. Tak boleh ke lelaki sayang perempuan itu macam sesuatu yang bernilai….yang tiada peganti…tak boleh ke kaum lelaki cinta perempuan tanpa touching,hugging and kissing dan yang penting lindung perempuan dari semua masiat itu. kalau selepas kahwin semua tu jadi harus dan halal…islam itu indah =))

ikhlas rasa dari ( Kalerpensel)