Sunday 14 October 2012

I'm BaCk....

Rasanya sudah lama tidak menulis apa2...blog ni pun dah jadi sewel dah ajdinya...hihihihihi..pe2 pun keadaan ku sekarang dalam kekeliruan untuk mencari identiti yang sebenar...rasanya lama dah aku tak berpijak dibumi yang nyatak...duduk di awang2an....tetapi alhamdulillah ada insan yg menyedarkan aku dari terus tersesat jauh...

Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kehadirannya walaupun bukan sebagai orang yg penting ttapi sebagai seorag kawan...semoga dia akan ada disisiku dalam aku mecari identiti aku yang sebenarnya....

Caiyok...caiyok....

Tuesday 15 May 2012

5 Sebab Suami Berubah Kasih



SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya,  dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup,  Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan

Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.


Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

Thursday 3 May 2012

Sahabat...


kawan gaduh banyak...
kawan serasi kurang...
kawan mkn kawan pun banyak gak...
kawan gelak ketawa lagi banyak...
kawan bila kesusahan kosong...

apa pun yang berlaku di disini...di luar sana, bila berlakunya sesuatu berterus terang, bermaaf2an...kerana setiap yg berlaku ada hikmahnye....
sangat sukar untuk kita mencari seorang sahabat susah dan senang...ketawa dan menangis bersama....tetapi sangat senang untuk kita mencari kawan ketawa...
apa yang pasti..... sahabat sukar ditemui tetapi kawan mudah didapati....
sebaik2 sahabat adalah teman yang stiasa ada disisi kita tidak kira bagaimana pun situasi yang kita hadapi....

KAWAN KETIKA GEMBIRA....
TEMAN SENTIASA....
SAHABAT SELAMANYA.......

Sunday 29 April 2012

My DeAr....

Assalamualikum...lama tidak berkunjung disini....hope segalanya berjalan seperti biasa....my dear...adakah mungkin ianya akan berlaku....xtahu dan tak pasti coz terlalu banyak halangan yang datang untuk bersamanya....

Monday 9 January 2012

SeLaMaT TaHuN BaRu....

Waahhhh....dah lama rupenye tak update blog...terlupa seketika plak ttg blog aku ni...hihihiihi...tu la kan....Selamat Tahun Baru semua......semoga tahun ini membawa sinar bahagian untuk diriku....ape azam korang tahun ni ek....

Korang nak tahu tak azam aku tahun ni..kalau korang xmo tahu pun aku tetap nak bagitahu gak...hahahhahaa....azam aku tahun ni nak kawin @ nikah...pastu nak kecikkan badan aku...tu je yang aku minta....semoga apa yang aku hajati akan termakbul...insyaallah.....

Harapan aku untuk tahun ni adalah mencari ketenangan...kedamaiam...kebahagiaan dalam hidup yg telah lama aku rasakan sudah hilang dalam diriku....kini aku sudah merasakannya walaupun tidak sepenuhnya....

Bagi insan yang pernah aku sayang..kasihi...rindui....aku minta maaf banyak2 andai aku terpaksa hidup dalam hipokrit...ini kerana aku sudah hilang akan rasa itu....aku pun tak tahu ke mana hilangnya rasa itu...tiba-tiba aku rasa lost tentang perasaan itu....mungkin sebab kehidupan aku yang amat sukar membuatkan rasa itu hilang dengan sekelip mata....

Sesungguhnya aku hanya insan biasa...ingin di miliki & memiliki...oleh itu cintai lah aku dengan seadanya bukan kerana kelebihan yang aku miliki tetapi melihat kekurangan diri aku juga...

Hope anjoy....
love u more....
muuuaaahhhhhhh........
adieossss........