Thursday 23 June 2011

Luahan...

Keadaan sama seperti semalam...emosiku masih kurang stabil..tak tahu kenapa terlalu memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan...kenapa sukar untuk aku melupakan dirinya...istimewa sangatkan dirinya terhadap diriku..ntahla..ku cuba untuk melupakan dirimu tetapi aku tidak mampu...
Ya Allah tolonglah hambamu ini...melupakan dia yang tidak sepatutnya aku cintai...mungkin sudah suratan takdir untuk aku bertemu dengannya...berkasih sayang...tapi aku tidak mampu untuk meneruskan segalanya kerana hanya dia adalah hak milik orang lain....
Bukan sengaja aku ingin bersikap begini tetapi dia banyak menyedarkan aku tentang sebuah kehidupan...tentang sebuah perhubungan...bukan aku tidak mahu mencari sesorang yang boleh aku sandarkan harapan...tetapi banyak kali hatiku dikecewakan...aku tidak mampu untuk menanggungnya lagi kerana hatiku telah terlalu sakit dengan sikap-sikap mereka yang hanya pandai menabur janji...
Ya Allah...temukan aku dengan sesorang yang mampu menjaga diriku...membimbingku ke jalan yang diredhai olehMU...menyayangiku kerana diriku bukan kerana kelebihan yang ada padaku...sesungguhnya aku telah penat untuk mencari sebuah kebahagiaan....

No comments:

Post a Comment